Selasa, 16 Ogos 2016


                                       Ara Songsang



Taburan pokok ini adalah sekitar Selatan dan Tengah Johor dahulunya tetapi telah merebak ke Negeri Sembilan, Selangor, Barat Pahang, Kedah dan Kelantan. Ia menjadi tumbuhan umum di kawasan terbuka.

Daunnya nipis seperti kangkung, dengan urat daunnya yang berselang seli tetapi ada yang bertemu urat. Batangnya lembut berwarna hitam dan berair. Habitatnya menjalar dan menguasai tumbuh-tumbuhan yang berada disekitarnya.apsye

Botani
Tumbuhan herba prolifik; batang lembut, boleh tumbuh sehingga 100 cm dalam keadaan sesuai; Daun oposit, selalu dalam pasangan sama, eliptik, bulat pada dasar; Jambak bunga terminal, banyak; bunga tunggal dengan sepal yang kecil dan tirus, putih berkrim, satu jalur biru-unggu pada lunas kelopak bunga; tiub korola tirus, silinder, mengembang atas; stamen berempat pasangan tak sama dari tiub korola, melengkung ke pistil.

Bagi spesis lain, A. coromandeliana Nees (A. gangetica (L.) T. And.) yang relatif tak berbahaya mempunyai bunga yang lebih besar berbagai warna. Di Utara Perak dan Kedah, bunganya berwarna kuning secara dominan walaupun terdapat warna lain antara putih sehingga ungu gelap 

Info dan Khasiat Ara Songsang

Pengenalan Ara songsang, Rumput Israel, Akar ruas-ruas, atau Pengorak merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di tepi-tepi jalan, belukar dan ladang. Ia dianggap sebagai rumpai, perosak utama di ladang-ladang getah dan kelapa sawit di Malaysia. Di bidang penternakan ia boleh dijadikan makanan binatang ternak terutamanya lembu, kambing dan biri-biri. Selain itu ia juga boleh dijadi ubat-ubatan

Khasiat Ara Songsang

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Ara Songsang yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti Akar ruas-ruas, Ara songsang, mengatasi batuk, merawat luka dan bengkak, merawat masalah kekejangan otot, pembuangan air kecil, Rumput Israel.

Pengenalan

Ara songsang, Rumput Israel, Akar ruas-ruas, atau Pengorak merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di tepi-tepi jalan, belukar dan ladang. Ia dianggap sebagai rumpai, perosak utama di ladang-ladang getah dan kelapa sawit di Malaysia. Di bidang penternakan ia boleh dijadikan makanan binatang ternak terutamanya lembu, kambing dan biri-biri. Selain itu ia juga boleh dijadi ubat-ubatan dalam perubatan tradisional.

Taburan pokok ini adalah sekitar Selatan dan Tengah Johor dahulunya tetapi telah merebak ke Negeri Sembilan, Selangor, Barat Pahang, Kedah dan Kelantan. Ia menjadi tumbuhan umum di kawasan terbuka.

Daunnya nipis seperti kangkung, dengan urat daunnya yang berselang seli tetapi ada yang bertemu urat. Batangnya lembut berwarna hitam dan berair. Habitatnya menjalar dan menguasai tumbuh-tumbuhan yang berada disekitarnya.

Pokok ara songsang berasal dari Malaysia. Ramai yang mengenalinya dengan nama rumput Israel. Tumbuhan jenis rumpai ini juga dikenali dengan nama akar ruas-rusa dan pengorak. Terdapat berapa spesis pokok ara songsang yang dibezakan melalui bentuk dan saiz bunga atau pokoknya. Ia tumbuh secara meliar di kawasan terbiar, kebun, halaman rumah dan ladang. Pokok ini lebih menggemari kawasan yang terlindung daripada pancaran matahari. Ia mempunyai batang yang beruas, lembut dan berair. Ia membiak dengan cepat melalui keratan batang dan biji benih. Ara songsang dipanggil dengan nama rumput Israel kerana ia cepat membaik dan akan menguasai sesuatu kawasan dengan pantas. Tumbuhan rumpai tidak disukai oleh pekebun dan petani.

Khasiat

Biarpun dianggap sebagai tumbuhan perosak tetapi ia juga mempunyai  khasiat dalam perubatan herba tradisional. Daun pokok ara songsang yang dilumatkan dan ditampal pada tempat berkenaan boleh digunakan untuk merawat luka dan bengkak. Untuk melawaskan pembuangan air kecil, pokok ini direbus dan diminum air rebusan tersebut. Daun pokok ini yang ditumbuk bersama bawang digunakan untuk merawat masalah kekejangan otot. Akar pokok ara songsang yang dimakan bersama pinang dikatakan berkesan untuk mengatasi batuk. Selain berguna sebagai perubatan herba, pokok ini juga amat digemari oleh haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan arnab.

Daun pokok ara songsang yang dilumatkan dan ditampal pada tempat berkenaan boleh digunakan untuk merawat luka dan bengkak.

Untuk melawaskan pembuangan air kecil, pokok ini direbus dan diminum air rebusan tersebut. Daun pokok ini yang ditumbuk bersama bawang digunakan untuk merawat masalah kekejangan otot.

Akar pokok ara songsang yang dimakan bersama pinang dikatakan berkesan untuk mengatasi batuk. Selain berguna sebagai perubatan herba, pokok ini juga amat digemari oleh haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan arnab

Nama Botani : Asytasia coromandeliana
Famili : Acanthaceae

Pokok ara songsang berasal dari Malaysia. Ramai yang mengenalinya dengan nama rumput Israel. Tumbuhan jenis rumpai ini juga dikenali dengan nama akar ruas-rusa dan pengorak. Terdapat berapa spesis pokok ara songsang yang dibezakan melalui bentuk dan saiz bunga atau pokoknya. Ia tumbuh secara meliar di kawasan terbiar, kebun, halaman rumah dan ladang. Pokok ini lebih menggemari kawasan yang terlindung daripada pancaran matahari. Ia mempunyai batang yang beruas, lembut dan berair. Ia membiak dengan cepat melalui keratan batang dan biji benih. Ara songsang dipanggil dengan nama rumput Israel kerana ia cepat membaik dan akan menguasai sesuatu kawasan dengan pantas. Tumbuhan rumpai tidak disukai oleh pekebun dan petani.

Biarpun dianggap sebagai tumbuhan perosak tetapi ia juga mempunyai  khasiat dalam perubatan herba tradisional. Daun pokok ara songsang yang dilumatkan dan ditampal pada tempat berkenaan boleh digunakan untuk merawat luka dan bengkak. Untuk melawaskan pembuangan air kecil, pokok ini direbus dan diminum air rebusan tersebut. Daun pokok ini yang ditumbuk bersama bawang digunakan untuk merawat masalah kekejangan otot. Akar pokok ara songsang yang dimakan bersama pinang dikatakan berkesan untuk mengatasi batuk. Selain berguna sebagai perubatan herba, pokok ini juga amat digemari oleh haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan arnab.

Banyak kelebihan apabila menggunakan pokok Ara Songsang Daun Merah sebagai proses perubatan. Untuk makluman, batang dan daunnya berwarna merah darah ikan dan bungnya seperti ekor kucing, manakala buahnya pula kecil dan berduri. Pokok ini tumbuh di kawasan lapang dan di tepi-tepi jalan dan kini banyak ditanam sebagai tanaman penutup bumi atau tanaman gantung.

Bagi mendapatkan khasiat ara songsang, pokok ini perlulah direbus terlebih dahulu. Seperti biasa, setiap rebusan herba mestilah menggunakan periuk tanah dan elakkan dari menggunakan periuk aluminium kerana logam itu bertindak anti herba yang boleh menghilangkan khasiatnya.

Antara penyakit yang dapat diubati dengan menggunakan pokok ini adalah dapat merawat buasir dan kencing berdarah. Cara rawatannya adalah dengan merebus kesemua bahagian pokok termasuk akarnya. Kemudian tapis dan minum dua kali sehari.

Selain itu, pokok ini juga boleh digunakan untuk mencegah dan merawat penyakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan lemah jantung. Cara rawatannya pula adalah rebus pokok ara songsang sehingga mendidih. Campurkan air rebusan tersebut dengan air rebusan pokok belimbing tanah atau belimbing bukit. Kemudian minum air rebusan tersebut.

Sebagai peringatan, jangan menutup periuk ketika merebusnya. Ini bagi membolehkan unsur-unsur racun yang mungkin ada di dalam pokok berkenaan keluar bersama wap ketika mendidih.

2 ulasan:

  1. Pesakit radang paru-paru Copd

    En. Abd Kadir bin Sumardi berusia 42 tahun ialah pengguna produk jus Jutawan herbs. Beliau telah disahkan mengidap kanser radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit yang dihidapinya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakalanya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta ,batuk beliau tetap tak sembuh selain itu juga sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar yang beliau ambil tapi tak berkesan. Kemudian rawatan hospital diteruskan termasuk prosedur X-ray dan sebagainya. Doktor pun mengesahkan beliau mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia.

    Untuk makluman, En. Ab Kadir bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Dengan bantuan sahabatnya yg telah berkongsi testimoni pengguna-pengguna produk Jutawan Herbs yang lain di facebook Jutawan Herbs, beliau pun menghubungi saya untuk mencuba jus tersebut. Beliau mendapatkan nasihat dan pandangan daripada saya lalu saya mengesyorkan beliau jus-jus yang sesuai dengan radang paru². Alhamdulillah dalam masa 2 minggu minum jus tersebut ,katanya sekejap saja kesan sudah terasa. Batuk samakin berkurang, nafas semakin lancar dan lega, beliau terus mengamalkan 2 jenis jus yang disyorkan selama beberapa bulan sehingga masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Dari pengalaman yang saya berjumpa pesakit-pesakit sebelum ini, penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini beliau makin sihat dan terus mengamalkan jus ini. Syukur pada tuhan atas kesumbuhan yang diberikan. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh.
    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    BalasPadam