Isnin, 15 Ogos 2016



                                              Pokok Avokado

 Avokado ialah sejenis tumbuhan buah-buahan dari keluarga Lauraceae yang dimakan sebagai buah segar atau untuk diproses bagi pelbagai kegunaan. Avokado dipercayai berasal dari Puebla, Mexico. Sejarah menanam dan makan buah avokado telah bermula semenjak beribu-ribu tahun dulu lagi oleh kaum Aztek di lembah Andes yang mempunyai tamadunnya tersendiri. Tanaman avokado tidak popular disemua negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Thailand tetapi popular di Filipina dan Indonesia. Orang Malaysia kurang meminat makan buah avokado tidak seperti di beberapa negara Amerika Latin, Caribbean, Indonesia dan Filipina yang amat menggemari makan buah avokado. Cara makan buah avocado juga mudah iaitu dengan membelah buah kepada dua dan ambil isinya kemudian masukan dalam cawan di campur dengan susu dan sedikit gula.

Tanaman Avocado popular di beberapa negara dengan pengeluaran dunia sebanyak 3.2 juta metrik tan pada tahun 2010. Negara-negara membangun menyumbang sebanyak lebih 82% pengeluaran tersebut di kawasan Amerika Latin dan Caribean. Mexico merupakan pengeluar utama avokado dunia dengan lebih 1.1 juta mt setahun diikuti dengan Indonesia (263,000 mt/tahun), dan Amerika Syarikat (214 mt/tahun). Beberapa negara pengeluar utama lain seperti Colombia, Brazil, Chile, Peru, China dan Ethiopia. Kawasan Asia Pasifik dan Asia Tenggara terus menyumbang sebanyak lebih 11% pengeluaran avokado dunia melibatkan Indonesia, Filipina, Vietnam dan Australia.

Khasiat

Avokado adalah sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin.

Sebiji avokado dipercayai mengandungi kira-kira 300 kalori, dengan 88% daripadanya terdiri daripada lemak. Ia bertindak dengan berkesan sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher,siku, pergelangan tangan, pinggul dan lutut sekali gus dapat menghindarkan penyakit sengal-sengal tulang.

Di samping itu, amalan memakan buah ini setiap hari boleh menurunkan paras kolestrol di samping mengekalkan paras lipoprotein iaitu sejenis kolestrol yang baik yang bertindak melindungi seseorang itu daripada diserang sakit jantung.

Isi avokado yang kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin amat berkesan untuk memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kulit kering.

Spesis
Terdapat 4 spesis utama tanaman avokado iaitu

Guatemalan (Persia nubigena var. guatemalanisi L Wims),
Mexican (Persea americana var drymifolia Blake),
West Indian (Persea americana) dan
Kacukan antara ketiganya.
Terdapat dua lagi spesis yang berkait rapat dengan tanaman avokado iaitu Covo (Persea schiedeana Nees) dan juga Anay (Beilcshmiedia anay Konter m).

Kultivar
Antara kultivar yang terdapas adalah Avocado Hass, Avocado Gwen, Avocado Pinkerton, Avocado Reed (Kategori A). Bagi kultivar kategori B pula ialah kultivar Avocado Bacon, Avocado Ettinger, Avocado Fuerte, Avocado Sharwil dan Avocado Zutano. Kultivar lain yang ada termasuk Avocado Spinks dengan jenama Challange, Dickinson, Kist, Queen, Sharpless, Rey, Royal dan Tatt. Klon dan kultivar yang terdapat di Malaysia dibawa masuk dari Mexico tetapi banyak kultivar yang disesuaikan dengan keadaan di Indonesia dan Filipina.

Penanaman
Penanaman menggunakan biji benih atau keratan yang dipilih dari pokok induk yang dikenalpasti. Jarak pernanaman disyorkan ialah 6m x 6m atau lebih jauh bergantung kepada keadaan tanah dan kultivar. Lubang penanaman diisikan dengan baja organik dan MOP sebelum ditanam dengan anak benih. Jalankan penyiraman peringkat awal dan sebaiknya bubuh sungkupan. Tanaman selingan seperti pisang, jagung atau lain-lain tanaman kontan boleh ditanam di antara barisan. Kawal rumpai dan jalankan program cantasan pembentukkan. Baja tumbesaran NPK 15:15:15 diberikan mengikut kadar disyorkan. Baja buah NPK 12:12:17:2 dan baja organik juga diberikan ikut syor.

Pokok avocado dewasa mampu menghasilkan sebanyak 1,200 biji buah sepokok setahun. Purata hasil avocado yang di tanam secara komersil sebanyak 7 - 20 metrik tan sehektar setahun. Kawasan dusun avokado yang dijaga dengan baik di negara strategik mampu menghasilkan sehingga 20 mt sehektar setahun. Pokok avocado memang mempunyai masalah penghasilan berbuah dwimusim iaitu pengeluaran puncak dan pengeluaran kurang berlaku berselang tahun. Isu ini menyebabkan harga buah avocado di pasaran kadang-kadang terlalu tinggi dan terlalu murah akibat fenomena ini.

Ciri-ciri ideal avokado
Ciri-Ciri buah avokado yang dikehendaki oleh pengguna mestilah buah yang bersaiz kecil dan saiz sederhana untuk pengeluaran secara komersial di kawasan kotaraya. Buah yang terlalu besar atau terlalu kecil digunakan untuk tempatan bagi keluarga yang besar. Kulit buah avokado sebaiknya licin, nipis atau sederhana nipis serta berwarna kehijauan memang diminati pengguna. Isinya tidak ada serat, mengandungi minyak yang rendah serta rasa yang sedap. Biji sebaiknya bersaiz kecil dan tidak mengganggu isi buah semasa proses penghantaran, penggredan dan pengendalian lepas tuai. Tidak ada ruang antara biji dengan isi. Buah mesti tahan suhu dingin dan tanah lasak.

Pokok sebolehnya tidak terlalu tinggi dan sesuai ditanam dan tidak terlalu padat atau merimbun. Penghasilan buah sebaiknya cepat dan kurang diserang sebarang penyakit seperti mati pucuk dan tahan cuaca sejuk terutama di kawsasan sub-tropika. Jika cuaca terlalu sejuk serta berangin akan menjejaskan proses pendebungaan pokok avokado. Buah muda juga akan gugur jika cuaca terlalu sejuk - 1 celcius. Hanya beberapa negara sahaja di dunia yang mempunyai iklim dan cuaca dikehendaki untuk tanaman avokado bermutu iaitu di Selatan Sepanyol, Crete dan Levant, Peru dan Afrika Selatan. Kawasan lain yang sesuai seperti di Selatan India, Sri Lanka, Australia, New Zealand , Filipina, Malaysia, Indonesia, Amerika Tengah, Caribean, Arizona, Mexico, New Mexico, Texas, Florida dan Ecuador. Setiap kawasan mempunyai kultivar tersendiri.

Info dan Khasiat Buah Avokado

PENGENALAN: Pokok avokado atau nama saintifiknya persea Americana mempunyai zat khasiat yang dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit daripada masalah penglihatan, penyakit jantung sehinggalah kepada masalah obesiti. Pokok avokado dikelaskan dalam tumbuhan berbunga keluarga Lauraceae. Ia adalah sejenis pokok saka yang menghasilkan buah. Buahnya berbentuk bujur dan kulit buah berwarna hijau berkilat. Isi buahnya

PENGENALAN:

Pokok avokado atau nama saintifiknya persea Americana mempunyai zat khasiat yang dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit daripada masalah penglihatan, penyakit jantung sehinggalah kepada masalah obesiti.

Pokok avokado dikelaskan dalam tumbuhan berbunga keluarga Lauraceae. Ia adalah sejenis pokok saka yang menghasilkan buah. Buahnya berbentuk bujur dan kulit buah berwarna hijau berkilat. Isi buahnya pula berwarna kuning cair dan mempunyai biji yang agak besar di tengah. Daun pokok avokado mempunyai hujung yang runcing.Buah avokado mengandungi asid oleik iaitu sejenis lemak tak tepu tunggal yang jika dimakan bukan sahaja mampu mengurangkan kolesterol tidak baik, tetapi mampu meningkatkan kolesterol baik. Disebabkan kandungan potassium yang tinggi dalam buahnya, pengambilan avokado secara kerap juga mampu merendahkan tekanan darah.

Kandungan folat di dalam buahnya juga mengandungi zat, baik untuk kesihatan jantung. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa wanita yang kerap mengambil kandungan asid folat, mempunyai risiko yang rendah iaitu sebanyak 55% untuk mendapat serangan jantung dan penyakit jantung.Walaupun avokado tinggi dengan lemak iaitu kira-kira 30gm lemak bagi sebiji avokado, namun itu tidak menghalang buah ini berkhasiat untuk mereka yang mahu mengurangkan berat badan. Pengambilan buah yang kaya dengan kandungan vitamin dan zat, amat baik untuk tubuh kita. Lemak daripada avokado juga dikatakan mampu membantu tubuh berasa lebih kenyang dan menyimpan tahap gula dalam darah daripada meningkat.

Dikatakan, sebiji buah avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88% daripadanya adalah lemak. Ia juga berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang.

khasiat buah avocado

Khasiat

Pakar hortikultur Australia, Jodie Campbell, berkata avokado mempunyai banyak khasiat tertentu yang sangat diperlukan oleh badan.

Ia mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium.”Avokado tinggi serat, sumber utama asid folik, yang mana asid folik mengurangkan risiko penyakit jantung dan dalam sesetengah kes, mengurangkan barah,” katanya pada majlis A Taste of Australian Avocados di Kolej Hospitaliti Universiti Berjaya, baru-baru ini.

Campbell yang bertugas dengan Supply Chain Innovations di Queesnland, Australia berpengalaman dalam bidang sains pertanian ini menjelaskan avokado juga bersifat kaya dengan lemak tidak tepu yang boleh menyumbang kepada kerendahan kandungan kolesterol dalam badan.Avokado juga, katanya, mengandungi glutathione, bahan antioksidan yang menghalang pelbagai jenis karsinogen dalam badan serta mempunyai potasium yang bermanfaat untuk rawatan artvitis dan haemorrhoids.

“Kajian dilakukan di Pusat Perubatan Wesley Brisbane menyatakan pengambilan separuh daripada avokado setiap hari selama sebulan boleh membantu menurunkan berat badan dan mencapai tahap kolesterol yang rendah,” katanya.

khasiat buah avocado 1

Selain itu ia juga digunakan:

1) Mengawal tekanan darah
Avokado merupakan sumber besar kalium , yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.
2) Menggalakkan kesihatan mata
Avokado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ianya adalah untuk membantu melindungi mata daripada daripada katarak.
3) Melindungi daripada kanser
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa avokado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.
4) Menyembuhkan nafas berbau
Avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.
5) Ciri-ciri anti -penuaan
Avokado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun , melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.
khasiat buah avocado 2
6) Penjagaan Kulit
Minyak avokado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaannya untuk menyuburkan kulit dan membuat kulit anda bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.
7) Berat badan
Avokado mempunyai 200 kalori bagi setiap 100 gram. Biasanya , buah-buahan mempunyai kira-kira 60-80 kalori bagi 100 gram. Oleh kerana jumlah yang tinggi kalori, avokado adalah makanan yang terbaik bagi orang-orang yang ingin menambahkan berat badan. Avokado adalah sumber kalori yang sihat , tidak seperti lain-lain makanan kalori yang mungkin mengandungi lemak tepu yang berlebihan dan gula yang berlebihan.
8) Mengekalkan kesihatan jantung
Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik , yang membantu mengawal tahap homocysteine ​​. Tahap homocysteine ​​dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.
9) Vitamin E Powerhouse
Avokado adalah buah yang terbaik sumber vitamin E, vitamin yang penting yang melindungi daripada banyak penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan.
10) Mengandungi banyak vitamin
Mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium.
Sejarah Penanaman.
Sejarah menanam dan makan buah avokado telah bermula semenjak beribu-ribu tahun dulu lagi oleh kaum Aztek di lembah Andes yang mempunyai tamadunnya tersendiri. Tanaman avokado tidak popular disemua negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Thailand tetapi popular di Filipina dan Indonesia. Orang Malaysia kurang meminat makan buah avokado tidak seperti di beberapa negara Amerika Latin, Caribbean, Indonesia dan Filipina yang amat menggemari makan buah avokado. Cara makan buah avocado juga mudah iaitu dengan membelah buah kepada dua dan ambil isinya kemudian masukan dalam cawan di campur dengan susu dan sedikit gula.

Tanaman Avocado popular di beberapa negara dengan pengeluaran dunia sebanyak 3.2 juta metrik tan pada tahun 2010. Negara-negara membangun menyumbang sebanyak lebih 82% pengeluaran tersebut di kawasan Amerika Latin dan Caribean. Mexico merupakan pengeluar utama avokado dunia dengan lebih 1.1 juta mt setahun diikuti dengan Indonesia (263,000 mt/tahun), dan Amerika Syarikat (214 mt/tahun). Beberapa negara pengeluar utama lain seperti Colombia, Brazil, Chile, Peru, China dan Ethiopia. Kawasan Asia Pasifik dan Asia Tenggara terus menyumbang sebanyak lebih 11% pengeluaran avokado dunia melibatkan Indonesia, Filipina, Vietnam dan Australia.

1 ulasan:

  1. Radang Paru-paru Copd.

    Saya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
    Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    BalasPadam